Wednesday, December 22, 2010

Hubungan Etnik di Malaysia



Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kata pepatah "yang baik buat tauladan, yang buruk dijadikan sempadan." Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain. (Ranjit Singh Malhi, 2005). 

Berikut merupakan rujukan tambahan bagi tajuk ini:
a) Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik di Malaysia. Pusat  
     Penerbitan Universiti Malaya. 
b) Tunku Abdul Rahman. 2007. 13 Mei Sebelum dan Selepas. Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.  
c) Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Kertas Kajian Etnik UKM. Institut Kajian Etnik (KITA). Universiti Kebangsaan Malaysia.  
d) http://hubungan-etnik.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment